Sabtu, 26 Oktober 2013

Lawatan ke Jakarta/Bandung

Bandung Kami Datang

  • Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi kerana urusan pasport, penerbangan dan penginapan Kelab Media Media ke Jakarta-Bandung dan Bali berjaya diselesaikan dengan sempurna selepas melalui ujian yg cukup besar.
  • Terima kasih kepada Naib Presiden Kelab Media Putrajaya, Puan Norliza Abd. Rahman dan Penolong Setiausaha Kelab Media Putrajaya, Shairaime Shaik Ahmedullah atas usaha yang dilaksanakan.

P/s:tq pada semua ahli Kelab Media Putrajaya yang bagi sokongan dan memberi kerjasama dalam pelbagai urusan terutamanya proses penghantaran salinan pasport masing-masing.

BERIKUT ADALAH RANGKA PROGRAM KE JAKARTA-BANDUNG
PROGRAM LAWATAN KE JAKARTA – BANDUNG 4D3N

Hari 1 

  • Berlepas dari KLIA ke Jakarta  Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Jakarta (Jam 9 pg  waktu Indonesia) dan tiba di Airport Jakarta jam 10 pagi. Dijemput oleh wakil kami Pak Dwi ( Nikiff Indonesia ). 
  • Terus ke lawatan ke Pejabat Antara di Jakarta Pusat . 
  • Makan tengahari di nasi padang Garuda.  
  •  Petang bersiap bertolak ke Bandung melalui lebuhraya dan chek in di hotel .
  •  Makan makan - Aktiviti bebas
Hari 2
  • Selepas sarapan, Melawat Tangkuban Perahu dan kawasan sekitar yang cantik dan dingin dan pemandangan menarik. . 
  • Selepas itu ke Pondok Pesantren Darunnajah.
  • Makan tengahari di restoran tempatan.
  •  Kemudian membeli belah  di Factory Outlet , Rumah Mode, Heritage FO, Jln Riau FO- Ke Masjid Agung Bandung, dan ke Kartika Sari (Famous kek lapis). Ke Toko 3 untuk shooping levis 
  • Lewat petang, pulang ke hotel, Makan malam – Berehat/aktiviti bebas
Hari 3 
  • Selepas sarapan , Shopping di Pasar Baru Trade Centre, membeli secara borong/ tekstil/ langsir/ jubah kain pasang, langsir tempah , baju kurung, telekung dll.
  •  Ke Cibaduyut – Barangan Kulit dan sepatu. 
  • Bersiap- siap bergerak ke Jakarta.   
  • Tiba di Jakarta- chek in lewat petang, berehat dan aktiviti bebas
Hari 4 ( B/ L )
  • Sarapan –  ke Mangga 2 ( shopping ) , bersiar-siar di Tugu Monas .
  •  Makan tengahari 
  • Bergerak ke Lapangan Terbang Jakarta dan berlepas pulang ke Kuala Lumpur (Jam 4.40 petang)
Hotel ( 5 star )
Bandung  Hotel   : Grand Royal Panghegar Hotel,  Jalan Merdeka  Bandung, Bandung City, West Java, Indonesia
Jakarta  Hotel     : Grand Sahid Jaya Hotel , Jalan Jenderal Sudirman No.Kav.86  Jakarta, Central Jakarta City,
Name of Restaurant    : Ibu Kadi Restaurant ( Lunch ) 
                                       Sederhana Restaurant ( Dinner )
                                       Balibu Restaurant ( Lunch )
                                       Kampung Daun Restaurant ( Dinner )
                                       Bukit Randu Restaurant – Cengkareng ( Dinner )

P/S: Kepada geng bali tunggu......
 

 


Logo Rasmi Kelab Media Putraja

Logo Rasmi Kelab Media Putrajaya

  • Pertandingan mencipta logo Kelab Media Putrajaya berjaya menarik kira-kira 15 penyertaan dikalangan ahli, namun selepas disenaraipendekkan hanya tiga sahaja yang terpilih iaitu penyertan Haji Rahim (NSTP), Wak Sahar (STAR) dan juga Ah Cai (SINCHEW).
  • Selepas undian dilakukan akhirnya penyertaan dan logo Haji Rahim (NSTP) dipilih sebagai pemenang.
  • Sepertimana dijanjikan pemenang bakal menerima hadiah yang agak lumayan, namun atas rasa tanggungjawap Haji Rahim yang juga merupakan bendahari Kelab Media Putrajaya enggan menerima hadiah tersebut.
P/S: Seluruh warga Kelab Media Putrajaya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Haji Rahim atas keprihatinan beliau dalam menjalankan tanggungjawap kepada kelab.

Mesyuarat Kelab Media Putrajaya-Perbincangan Lawatan ke Indonesia

Mesyuarat Kelab Media Putrajaya dalam merangka lawatan ke Indonesia dipengerusikan oleh Naib Presiden Kelab Media Putrajaya, Puan Norliza Abd. Rahman

  • Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Naib Presiden Kelab Media Putrajaya, Puan Norliza Abd. Rahman membincangkan mengenai lawatan kelab ke Indonesia (Bandung/Jakarta/Bali).
  • Melalui mesyuarat tersebut beberapa permasalahan kecil dapat diselesaikan termasuk mengenai pembahagian ahli untuk lawatan tersebut.
  •  Ahli juga diterangkan secara jelas mengenai tujuan lawatan tersebut selain diingatkan supaya menjaga nama Kelab Media Putrajaya sepanjang berada di Republik Indonesia.