Isnin, 23 September 2013

SUKA SUKI MEDIA PUTRAJAYA

  • Berkhidmat di Putrajaya membolehkan pengamal media mengalami pengalaman yang pelbagai, tidak kira daripada apa jua aspek sekali pun. 
  • Semalam dua ahli kelab Media Putrajaya Nazmil Nasiruddin (Utusan) dan Fatihah (Metro) mendapat pengalaman mereka yang tersendiri apabila terpilih untuk Test Drive Mercedes Benz A 250 bersama pemandu F1..Lewis Hamilton dan Nico Rosberg.
  • Tahniah diucapkan kepada mereka berdua, peluang berkenaan jarang diperoleh oleh anak Melayu tempatan..hihihihi 
  • Berikut adalah gambar sekitar majlis.

Nazmil dan pasanagannya Fatihah tersenyum puas bersama Lewis Hamilton

Nazmil buat muka cuak, Lewis Hamilton bagitaw 'Rileks BOH'

Sharaimei turut tidak melepaskan peluang mengabdikan gambar bersama Lewis Hamilton

KIMI raikkonen bersama gadis litar...(gadis litar nak duduk tapi takut kusi patah)
Zack Kancil bersama Lewis Hamilton & Nico Rosberg


Ahad, 22 September 2013

PERBINCANGAN AWAL UNTUK LAWATAN KE INDONESIA

  • Kelab Media Putrajaya dengan kerjasama Kementerian Wilayah akan mengadakan lawatan ke Indonesia bagi mengeratkan hubungan pengamal media diantara kedua-dua negara.
  • Pada perbincangan awal lawatan berkenaan dijangka berlangsung awal November depan di dua lokasi iaitu Bandung dan juga Bali
  • Ahli Kelab Media Putrajaya akan dibahagikan kepada dua kumpulan bagi lawatan tersebut.
  • Terima kasih kepada Jawatankuasa Protem yang terlibat dalam perbincangan dengan Kementerian Wilayah.

P/S.........Kepada ahli yang belum mendaftarkan diri sila berbuat demikian secepat mungkin, pohon kerjasama anda.

ZAKI JUNIOR (ZAARA)


  • Baru-baru ini saudara Zaki Amiruddin (jurugambar Utusan Malaysia) mendapat cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup dengan isteri tercinta.
  • Isteri beliau selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.32kg pada pukul 11.45 pagi 11 September 2013 di Hospital Putrajaya.
  • Tahniah diucapkan kepada saudara Zaki atau lebih dikenali sebagi Z Kancil dikalangan rakan-rakan media.
    Ibu dan anak berada dalam kondisi terbaik selepas proses kelahiran

    Wakil Kelab Media Putrajaya menyampaikan sumbangan kepada Z kancil

    Haji Rahim Aka BENDAHARI kelab turut menyampaikan sumbangan.

    TAHNIAH Z KANCIL...semoga terus sukses menjadi PAPA Mithali...

LAWATAN KEBAJIKAN

LAWATAN KEBAJIKAN
SARAH, RAZIQ dan ISRAF ditahan wad di KPJ Kajang
  • Setiap musibah yang datang tidak dijangka kerana ianya hadir daripada ketentuan ilahi, setiap individu tidak terlepas untuk diuji olehnya.
  • Setiap masalah yang menimpa dikongsi bersama menyebabkan Kelab Media Putrajaya terus bertambah kukuh dan senada.
  • Baru-baru ini tiga anak kepada Timbalan Pengerusi Kelab Media Putrajaya, Norliza Abd. Rahman telah dimasukkan ke wad KPJ, Kajang kerana dijangkiti virus DENGGI.

JAMUAN HARI RAYA

JAMUAN HARI RAYA KELAB MEDIA PUTRAJAYA
  • Program pertama yang dianjurkan Kelab Media Putrajaya ialah dengan mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitri dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan bertempat perkarangan Pejabat Utusan Malaysia Biro Putrajaya.
  • Majlis berkenaan berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama kesemua ahli.
  • Tetamu yang hadir pada majlis berkenaan adalah seramai 400 orang terdiri daripada Pegawai PRO kementerian dan juga pegawai-pegawai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
  • Berikut adalah gambar-gambar yang dilampirkan untuk tatapan semua.
Presiden beramah mesra dengan Presiden Persatuan PTD, Datuk Zainal Rahim

Pegawai Media Perdana Menteri, Rozilan Salleh turut hadir

Saudara Zaki Amiruddin jurugambar Utusan Malaysia menyumbangkan suara

Persembaha DUET daripada Media Prima (lagu sandarkan pada kenangan)

Wakil daripada MAHB, Faizally turut hadir

Wakil Kementerian Wilayah merangkap SUA KUNAN, YEOB!

Pegawai Khas Perdana Menteri

Nik Khusairy yang kini bersama SPRM

Ahli kelab bergambar kenangan bersama kakitangan MAHB

PIX OF THE DAY- ATIKAH SULAIMAN TERJATUH (kerusi patah)

Bersama Datuk Tengku, Pegawai PM.

Bersama PRO PPj.

PENUTUP

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KELAB






PENYERTAAN PERTAMA ACAI

PENYERTAAN KEDUA ACAI

PENYERTAAN HARRY

PENYERTAAN HAJI RAHIM

PENYERTAAN KETIGA ACAI

PENYERTAAN PERTAMA WAK SAHAR

PENYERTAAN YANIE

PENYERTAAN REMY

PENYERTAAN KEDUA SAHAR

PENYERTAAN KETIGA WAK SAHR

PENYERTAAN KEEMPAT WAK SAHAR

PENYERTAAN KEDUA YANIE




  • -Kelab Media Putrajaya telah mengadakan pertandingan menciptakan logo dikalangan ahlinya.

  • -Keputusan akan dimuktamatkan dalam mesyuarat kelab dalam mada terdekat.

  • -Kesemua logo juga dilampirkan di laman Facebook kelab bagi membolehkan ahli membuat undian dan penilaian.

  • -Jutaan terima kasih diucapkan kepada kesemua peserta yang memasuki pertandingan ini.

  • -Insyaallah hadiahnya akan diketahui tidak lama lagi.

  • -TERIMA KASIH

PROSES PENDAFTARAN KELAB MEDIA PUTRAJAYA


-Kelab Media Putrajaya kini secara sah telah didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftran Pertubuhan (ROS) setelah dua kali proses turun naik menghantar borang permohonan.
-Permohonan pertama pada 30 Julai 2013 ditolok kerana kesilapan pada nama kelab, yang mana pada asalnya kami bersetuju untuk menamakan kelab ini sebagai 'Putrajaya Press Club' namun tidak dipersetujui oleh ROS.
-Hasil perbincangan bersama Jawatankuasa Protem kami bersetuju untuk menamakan Kelab Media Putrajaya sepertimana hari ini.
-Permohonan kedua pada 5 Ogos 2013 (Isnin) menjadi kenyataan apabila kelab ini secara rasminya diterima oleh ROS.
-Dijangka EGM pertama akan diadakan pada tiga bulan daripada tarikh pendaftaran.
-SEMOGA KELAB INI TERUS MENJADI KENYATAAN SEPERTIMANA YANG DIHARAPKAN

MESYUARAT PERTAMA KELAB MEDIA PUTRAJAYA

Mesyuarat pertama Kelab Media Putrajaya telah berlangsung pada 19 Julai bertempat di Bilik Mesyuarat Kumpulan NST di Presint Diplomatik.

-Pada mesyuarat tersebut perbincangan mengenai hala tuju kelab telah diadakan dan ahli sepakat untuk melantik Jawatankuasa Protem sebagai langkah pertama penubuhan.
-Pada mesyuarat tersebut juga, perlembagaan kelab juga dibincang dan mendapat maklum balas yang positif daripada semua ahli yang mahu menjayakan penubuhan kelab.
-Berikut adalah Jawatankuasa Protem yang telah dipilih.

JAWATANKUASA PROTEM

MEDIA
------
UTUSAN MALAYSIA
BERNAMA
NSTP
METRO
NST
RTM
BERITA HARIAN
THE STAR
TV3
THE SUN
NANYANG SIANG PAU
KwongWah Daily
SinChew Daily


BARISAN EXCO KELAB MEDIA PUTRAJAYA 2013/2014
=============================================
PENGERUSI - ABDUL AZIZ HARUN (BERNAMA)
TIMBALAN  PENGERUSI- NORLIZA ABD. RAHMAN (UTUSAN MALAYSIA)
SETIAUSAHA - HAYATI IBRAHIM (METRO)
PENOLONG SETIAUSAHA - SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH (UTUSAN MALAYSIA)
BENDAHARI - ABDUL RAHIM RAHMAT (NSTP)


AJK:
HARRY SALZMAN ABU BAKAR (BERNAMA)
AHMAD IRHAM MOHD. NOR (NSTP)
MOHD HUSNI MOHD NOOR (METRO)
MOHD FAIZUL HAIKA MAT KHAZI (BERITA HARIAN)
KOI KYE LEE (NST)
SAHZAN FAZLI ZAINUDDIN (RTM)
ZUHRIN AZAM AHMAD (THE STAR)
SHAHRUL NIZAR BAHARUDIN (THE STAR)
HERRYANIE SALEHIN (TV3)
CHAI WAI CHUAN (SIN CHIEW)